Monday 21 January 2013

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PSS






21 Jan merupakan detik bersejarah kepada 44 pengawas Pusat Sumber kerana telah menerima watikah pelantikan.  Majlis pelantikan bersama pengawas sekolah, pengawas asrama dan ketua tingkatan dan penolong ini diadakan secara besar-besaran.  ADUN Serkam YB Ghazalee bin Mohamad telah sudi melapangkan masa merasmikan dan menyampaikan watikah pelantikan kepada ketua-ketua pengawas dan kepimpinan tertinggi pengawas sekolah kali ini.  Seramai 180 pelajar telah diangkat menjadi pengawas untuk membantu melicinkan pelaksanaan disiplin sekolah tahun ini.  Tahniah diucapkan kepada para semua pelajar terpilih....

Friday 18 January 2013

Gotong Royong Membersih PSS

17 Jan telah diadakan program gotong royong membersih Pusat Sumber.  Seramai 40 pengawas Pusat Sumber telah menghadiri aktiviti ini.  Dalam perjumpaan ini juga dibincangkan aktiviti untuk menceriakan Pusat Sumber.  Semua pengawas PSS juga bersetuju untuk berkumpul pada setiap petang khamis untuk menjalankan aktiviti pengawas PSS.  Antara aktiviti pada hari ini ialah mengelap rak, cermin tingkap, bilik tayang, papan kenyataan, dan menyusun buku di rak.  Tahniah kepada para pengawas PSS yang dapat hadir pada hari ini.  PSS Cemerlang, Pelajar Gemilang dan Sekolah Terbilang.

Wednesday 31 October 2012

Bengkel Penulisan Kreatif

Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama DBP dan Persatuan Pengguna telah mengadakan Bengkel Penulisan Kreatif di Dewan SMK(A) Tun Perak.  Seramai 120 perserta telah menghadiri bengkel sehari ini.  Pelajar dari sekolah-sekolah Menengah di kawasan Jasin juga turut  serta dalam bengkel ini.  Tahniah kepada urusetia program ini atas pengajuran bengkel ini.