Friday 18 January 2013

Gotong Royong Membersih PSS

17 Jan telah diadakan program gotong royong membersih Pusat Sumber.  Seramai 40 pengawas Pusat Sumber telah menghadiri aktiviti ini.  Dalam perjumpaan ini juga dibincangkan aktiviti untuk menceriakan Pusat Sumber.  Semua pengawas PSS juga bersetuju untuk berkumpul pada setiap petang khamis untuk menjalankan aktiviti pengawas PSS.  Antara aktiviti pada hari ini ialah mengelap rak, cermin tingkap, bilik tayang, papan kenyataan, dan menyusun buku di rak.  Tahniah kepada para pengawas PSS yang dapat hadir pada hari ini.  PSS Cemerlang, Pelajar Gemilang dan Sekolah Terbilang.

No comments:

Post a Comment