Karya Pelajar - Bahasa Melayu

Selamat datang ke bahagian Ulasan Buku Baru Bahasa Melayu.
Sila tekan pada tajuk di bawah untuk baca.

Tajuk Buku Baru di PSS

Untuk Sehari Lagi

Sherlock Holmes - Perunding Detektif Pertama

5 Tokoh Penggugat Zaman

Putera Fariri dan Donat Salsabila

Online dengan Tuhan

Indahnya Kematian

Siapa Lebih Popular

Titis merah mengalir
Kusapu dengan tangis
Ku jatuh
Tersungkur rebah ditikam tutur bisa

Berbekalkan batu dan getah
Ku kumpul tenaga hujung jemari
Segengam takbir seikat selawat
Ku lepas dengan harapan
Cis,berderailah ku laknatullah!

Oh,pencipta langit dan bumi
Penguasa alam!Maha Pengatur segalanya!
Bebaskan kami
Nyahkan kamidari ulitan ini
Dari Israel penagih darah suci

Telah kau tawan Aqsa
Telah kau takluk mandala
Bermaharajarela di bumi Illahi
Aksam ku rampas kembali
Jadi hak Islam asasi
Ukhuwah fillah abadan abadi



Gelisah,
Hati gundah dibangku menengah
Mencari mutiara yang penggah
Untuk dicurahkan di peti gubra,
Mengidam coretan yang gah.

Acap kali,
Pabila menimba ilmu dikelas titi
Kelibat gadis,kelibat taksemi
Tatkala memandang sesama sendiri
Takut dituduh penzina hati

Tersentap,
Sekalipun diri mengharapkan cinta
Namun sekali tak melupakan yang Esa
biarpun hati kelu tak terkata
Bersedia teguh peperiksaan keramat tiba

Alhamdulillah
Segulung harapan meeggulung di jari
Mencari menara penyambung mendiri
sedang khusyuk mencari rezeki
Si dia muncul tidak ku fikiri

Cinta
Terukir senyuman ikhlas di mungkiri
Tanda kasih bidari yang diredhai
Hadirnya diri pembawa penyeri
Diselubungi mimpi insan sejati

Sakti
Kerap dikendang dari sudut emosi
Menjadi penyebab diri mempercayai
Rumah tangga melahirkan abadi
Benarlah ia syurga cinta sakti



Bahasa
Dulunya bahasa dagangan dunia
Dizaman kesultanan Melayu Melaka

Bahasa
Jadi pewarna bicara kita
Jadi penaung bangsa kita

Walangnya
Bahasa kini luntur dek alpa
Bahasa kini jatuh dek lupa
Bahasa kini luntur dek lena

Wahai insan bertauliah
bahasa kita diselubungi penjarah
Dicampuri bahasa beza

Wahai insan inteligensia
Papahlah bahasa kita
Tuntunlah bahasa kita
Ke arah gemilangnya anak bangsa
Menjadi warna bahasa nusantara




Guruku...
Seraut wajahmu
Ibarat poster mengerikan segenap ruang
hidupku
Kau mendidikku dengan penuh manja
Daripada aku tidak reti mengeja
Kini petah berbicara
Daripada aku tidak tahu mengira
Kini bisa aku mengira

Guruku...
jasamu...
Mendidikku tanpa jemu
Mendidikku sehingga aku berjaya
Mencurah kasih sayang yang tidak ternilai
harganya

Guruku,
Rotanmu ibarat keazaman bagiku
walaupun hati perit untuk menerima
Tidak akan pernah aku kesali
kerana
dengan rotanmu itulah aku menjadi onak bangsa
yang akan menakluk dunia
yang tidak mengenal erti putus asa
yang akan sentiasa berjaya


Guruku...
Jasamu tidak ternilai
hanya dengan berbekalkan kejayaan
Yang dapat aku persembahkan untukmu
Terima kasih atas didikanmu
Semoga kau bahagia dan
sentiasa berjaya dalam karyamu