Thursday, 2 August 2012
Bengkel Automasi untuk Pengawas baru
22 Mac telah diadakan bengkel automasi untuk pengawas PSS baru. Dalam bengkel ini para pengawas didedahkan cara penggunaan sistem automasi yang digunakan di Pusat Sumber. Proses pinjaman dan pulangan buku menggunakan sistem automasi Smart Library Sistem. Pelajar yang ingin meminjam buku di PSS perlu menunjukkan smartcard dan pengawas PSS akan scan pada buku dan pada barcode di buku yang hendak dipinjam. Selain diajar cara menguruskan pinjaman dan pulangan buku, pengawas juga diajar cara memasukkan data tentang buku atau maklumat peminjam selain cara mencetak senarai pelajar lewat meminjam dan cara mencari buku yang ada di Pusat Sumber. selamat bertugas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment