Monday 3 October 2011

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi

Jumaat 30 Sept.- Satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa selamat telah diadakan pada pagi jumaat yang penuh berkat bagi meraikan dua orang guru stp yang terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini.  Guru bertuah tersebut ialah Pn. Norhasni bt. Marjono dan Pn. Roziah bt. Mohd Salleh.  Pn. Norhasni akan berangkat ke tanah suci pada malam 3 September, manakala Pn. Roziah menyusul pada 7 September.  Semoga guru-guru bertuah ini akan sentiasa sihat dan dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan selamat pulang untuk bersama kita lagi meneruskan perjuangan yang belum selesai.

No comments:

Post a Comment