Wednesday 7 September 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011




Mulai 16 Ogos lalu, seluruh kawasan sekolah telah diwarnai dengan Jalur Gemilang. Terdapat pelbagai aktiviti diadakan bagi menyambut ceria merdeka tahun ini. Sambutan dimulakan dengan perasmian bulan patriotik. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan murid-murid dan guru-guru.Gagasan 1 Malaysia menjadikan sambutan kemerdekaan di sekolah lebih meriah dan harmoni. 
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ;
1. Kempen Kibar Jalur Gemilang.
2. Pertandingan kelas patriotik.
3. Pertandingan kad ucapan merdeka(kategori rekabentuk & ucapan)
4. Pertandingan rekabentuk Jalur Gemilang.
5. Deklamasikan puisi kemerdekaan.
6. Pertandingan persembahan power point P&P Sejarah.
7. Senamrobik 1 Malaysia Cergas.
8. Anugerah pelajar terbilang.
9. Permainan tradisional congkak.
10. Bicara tokoh merdeka

Perasmian penutup akan diadakan pada 19 September 2011 di Dataran Ilmu SMK Tun Perak.

No comments:

Post a Comment