8 Julai- Pada pagi jumaat yang mulia ini telah diadakan majlis perjumpaan guru dengan ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Majlis ringkas ini dihadiri hampir 90 peratus ibu bapa yang prihatin dengan masa depan anak-anak mereka. Di kesempatan ini ibu bapa sempat bertanyakan permasalahan anak-anak disamping mengetahui keputusan pencapaian akademik anak-anak. Ibu bapa juga dapat saling mengenal guru-guru yang mengajar anak-anak mereka disamping dapat mengetahui perkembangan akademik anak-anak. majlis ini berjalan dengan lancar. terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi datang dan kepada para guru terima kasih cikgu. Tanpa cikgu siapalah kami....
No comments:
Post a Comment