14 Julai- Sempena Bulan Membaca( Bulan Julai) pihak PSS smk Tun Perak ada menganjurkan Kuiz Explorace terbuka kepada semua pelajar. Setiap minggu 2 soalan akan ditampal di papan-papan kenyataan di seluruh kawasan sekolah. Pelajar dikehendaki meronda seluruh kawasan sekolah untuk mencari soalan-soalan ini. Sebanyak 10 soalan akan dikemukakan. Pelajar yang berminat dikehendaki membeli borang jawapan dengan harga 50 sen di PSS. Objektif kuiz adalah untuk menggalakkan para pelajar membaca maklumat yang terdapat di kawasan sekolah semasa mencari soalan kuiz. Selepas diumumkan kuiz ini ramai pelajar telah membeli borang dan berminat menyertai kuiz ini. selamat menjawab diucapkan kepada para pelajar. ingatlah ilmu itu dicari bukan datang sendiri.
No comments:
Post a Comment