Wednesday, 22 June 2011

SAMBUTAN HARI KOPERASI 2011

Pada 20 Jun bersamaan hari Isnin, Koperasi SMK Tun Perak telah mengadakan sambutan Hari Koperasi buat kesekian kalinya. Sambutan ini telah dihadiri oleh yang berbahagia Tuan PPD Jasin, Encik Yusof bin Ahmad, selaku perasmi bagi sambutan ini. 

   Acara dimulakan dengan bacaan beberapa utusan daripada Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Presiden ANGKASA, yang disampaikan oleh Muhammad Nurulfaqih, Ikhwan Firdaus dan Muhammad Nizam Shah. Seterusnya adalah ucapan dan perasmian daripada Tuan PPD Jasin.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada koperator terbaik, beberapa sumbangan yang merupakan pakaian sekolah jenama Canggih kepada pelajar yang terpilih serta hadiah untuk para pemenang perlawanan Petanque anjuran Koperasi.

Tema Hari Koperasi 2011 :
"Satu untuk semua, semua untuk satu"

No comments:

Post a Comment