Friday, 17 June 2011

Pelancaran Program Nilam 2011

      Pada 21 Februari 2011 bersamaan hari Isnin, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak telah mengadakan 'Pelancaran Program Nilam 2011' dengan jayanya di Dataran Ilmu, SMK Tun Perak. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj Muhd Hairi bin Tamam. Seramai 16 orang pelajar telah mencapai tahap jauhari. Dengan adanya pelancaran ini diharap dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi koleksi pembacaan mereka.

INFO TAHAP JAUHARI

288 - Nilam
216 - Gangsa
144 - Perak



Tuan Haji Hairi b. Tamam

Pelancaran Program Nilam 2011 dirasmikan



Penyerahan Rekod Pembacaan

Penyampaian sijil dan buku motivasi

* p/s : Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

No comments:

Post a Comment